0

Irwansyah dan Zaskia Sungkar bebas

Rabu, 30 Januari 2013
Share this Article on :

Irwansyah, Zaskia Sungkar dibebas

Lima orang lain yang turut berada bersama mereka dalam pesta narkoba di kediaman artis terkenal Raffi Ahmad di Lebak Bulus, Jakarta Selatan pada hujung minggu lalu turut dibebaskan.
   Irwansyah dan Zaskia serta lima orang lain dipulangkan kepada keluarga mereka selepas didapati tidak terlibat dalam kes narkoba.
   tes urine Irwansyah dan Zaskia didapati negatif. Siasatan dan saksi-saksi juga memberitahu mereka tidak terlibat atau ditemui bukti untuk mendakwa mereka," kata Ketua Bahagian Perhubungan Masyarakat BNN, Sumirat Dwiyanto pada sidang media di Menara BNN di sini.
Menurut Zaskia, dia dan suaminya, Irwansyah serta pembantunya bertandang ke rumah Raffi pada malam berkenaan semata-mata untuk menandatangani dokumen perniagaan.
   Selama dalam tahanan saya diperlakukan dengan baik oleh pegawai penyiasat BNN dan mereka juga sedia maklum saya tidak terlibat dalam kes narkoba ini," kata Zaskia kepada wartawan sejurus selepas dibebaskan.
Irwansyah pula memberitahu wartawan selama tiga hari dalam tahanan dia dijamu hidangan yang enak.
  Di sini bukan dipenjara, makanannya enak-enak. Bahkan kemudahan yang ada juga cukup memuaskan.
Saya juga dapat tidur dengan nyaman kerana terdapat alat pendingin," ujar penyanyi yang sukses dengan lagu Pencinta Wanita ini.
Raffi yang juga pengacara program hiburan popular, Dahsyat berserta seorang lagi artis, Wanda Hamidah masih lagi disiasat oleh BNN.

  Kedua-dua mereka masih disiasat dan belum ditentukan status mereka," kata Sumirat.
Bersama-sama Raffi dan Wanda ialah lapan orang lain yang turut berada di kediaman Raffi pada malam serbuan dilakukan.
Lima daripada yang ditahan didapati positif mengambil dadah sementara dua orang lagi disyaki mengambil narkoba jenis baru





Artikel Terkait:

0 komentar:

Posting Komentar